Saturday, November 29, 2008

MEMUDAHKAN PEMASARAN HASIL TERNAK

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana dengan taufiq dan inayahNya, telah mengizinkan kami membina blog pemasaran bagi ternakan ikan sangkar kami...
walaupun baru pada peringkat awal, di harapkan blog ini dapat memudahkan kami bagi mencari pemborong-pemborong ikan sangkar di sekitar negeri pahang dan berdekatan..
bagi sesi tuaian yang ke-2 ini, ikan tambahan yang akan kami ternak adalah ikan talapia, dan baung selain ikan patin yang sememangnya menjadi ternakan utama kami..
ikan siakap juga turut menjadi ikan cadangan ternakan, walaubagaimanapun ini bergantung kepada permintaan pasaran memandangkan kos operasi yang tinggi...
memandangkan sekarang merupakan musim banjir, jadi kami berhasrat memulakan tuaian ke-2 pada awal tahun hadapan..
misi utama pemasaran kami adalah menyediakan harga ikan yang berpatutan kepada pemborong dan lantas melibatkan keuntungan bagi kedua-dua pihak..

No comments: